Susu kambing mempunyai molekul protin dan lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ia sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yang halus serta sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer dan gastrik.
Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah Susu kambing mempunyai kandungan laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit birit dan alahan kepada susu lembu dan susu tepung serta susu soya.
Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan. Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yang tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.
Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid kaprik dan kaprilik) yang mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.
Susu kambing tidak membentuk lendir sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.
Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium
Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).
Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat. Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal. Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit lelah, eczema, colic, insomnia dan demam kuning. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis). Susu kambing juga mengandungi factor anti barah.
source :
Mahfuz Jaffar
Jom amalkan susu kambing dalam pemakanan seharian..
salam kasih sayang,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan