APA ITU HABBATUSSAUDA.
Habbatus Sauda di kalangan masyarakat melayu lama lebih dikenali sebagai JINTAN HITAM. Nama saitifiknya adalah Nigella Sativa Semen.
Di negara barat ia lebih dikenali sebagai BLACK SEEDs.
Selain ini ia mempunyai berpuluh-puluh lagi nama mengikut negara contohnya ia di panggil Kalonji seeds di India.
DARI MANA HABBATUS SAUDA INI DIPEROLEHI
Ia merupakan biji berwarna hitam pada bunga sejenis tumbuhan seperti rumput kecil dengan ketinggian 20-40cm. Mengeluarkan bunga yang berwarna biru muda atau putih. Di tanam dan di tuai apabila sudah matang.
Daerab penanaman termasuk di kawasan Mediterranean, Afrika, Asia, dan di kawasan beriklim gurun seperti Mesir, Syria, India dan Turki.
Buat masa ini penanaman terbesar adalah di Negara INDIA.
APAKAH SEJARAH HABBATUSSAUDA SECARA UMUM.
Habbatus Sauda telah digunakan sebagai cara perubatan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Para pengkaji sejarah menemui sebotol minyak habbatus auda disamping mayat Firaun ( King Tutankhamen ). Tabib Firaun pada zaman itu di percayai menggunakan habbatus sauda untuk menghilangkan sakit perut,sakit kepala, sakit gigi dan demam.
Ia terus menerus digunakan sebagai kaedah rawatan sehingga zaman Islam tersebar luas di muka bumi. Ianya juga di gunakan secara peluas oleh pengamal perubatan ayuverdic dan jamu.
MENGAPA HABBATUS SAUDA BEGITU ISTIMEWA?
Sebab pertama :
Habbatus sauda atau jintan hitam di sebut di dalam hadis. Menjadikan HBS sauda sangat istimewa kerana di sebut secara khusus dalam agama. Seperti Madu yang di sebut di dalam Al Quran.
Antara hadis yang biasa di sebut.
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecualiAl-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.
Hadis lain
Daripada Buraidah katanya, Rasulullahs.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no.1819.
Sebab yang kedua :
Ia antara makanan berfungsi tinggi yang banyak di kaji oleh para saintis dunia. Banyak kajian merujuk kepada kandungan aktif serta kesannya kepada kesihatan manusia.
Penggunaannya sebagai makanan tambahan terbaik semakin meluas di seluruh dunia termasuk di negara yang majoritinya bukan orang islam. Ia adalah satu-satunya rempah di dunia yang sentiasa di kaitkan dengan ”prophetic medicine ”.
APAKAH KANDUNGAN SEBENAR HABBATUS SAUDA?
Secara ringkas HBS mengandungi lebih seratus bahan aktif yang berguna untuk manusia. Sesetengahnya masih belum dikenal pasti. Yang paling banyak di kaji adalah kandungan Thymoquinone dan Nigellone.
Secara kasarnya Habbatus Sauda mengandungi:
1. 21% protein.
2. 38% carbohydrates.
3. 35% plant fats and oils.
Bahan aktif yang ada nigellone, thymoquinone. Zat lain seperti linoleic acid, oleic acid, calcium, potassium, iron, zinc, magnesium, selenium, vitamin A, vitamin B, vitamin B2, niacin, and vitamin C.
APAKAH KEBAIKAN HABBATUSSAUDA KEPADA MANUSIA
Secara umumnya habbatus sauda adalah makanan tambahan yang sangat baik untuk kesihatan umum tubuh badan kita.
Ia membantu badan kekal cergas dan bertenaga
Membantu melancarkan perjalanan darah dan menguatkan ketahanan tubuh pada penyakit.
DARI MANAKAH SUMBER HABATUSSAUDA SYARIKAT INI?
Untuk Kapsul. Biji Habbatus Sauda negara sumbernya adalah dari YAMAN yang di kisar oleh kilang di sini dan di kapsulkan. (merujuk produk DrAzma HS)
Untuk minyak Habbatus Sauda sumbernya adalah dari INDIA yang di import segar dan diperah kilang tempatan. Ini adalah persediaan perahan pertama sejuk ( dalam keadaan suhu bilik ).
Kedua2 pengilang adalah di kalangan orang Islam yang mempunyai 100 peratus pekerja muslim.
APAKAH MAKSUD PERAHAN SEJUK PERTAMA?
Biji–biji HBS dibersihkan kemudian di keringkan.
Proses seterusnya memasukkan biji-biji yang sudah bersih ini ke dalam mesin perahan.
Perahan yang terhasil adalah minyak yang kemudia di kumpulkan.
Proses ini di lakukan pada suhu bilik sahaja.
Tiada perahan kali kedua ke atas biji yang sama.
Proses ini menjadikan minyak itu berwarna agak cerah.
Seterusnya dimasukkan ke dalam tangki mendakan untuk memisahkan minyak dan serat2 biji dan di minyak yang bersih ini di asingkan.
Perahan pertama mengandungi perahan yang paling tinggi kualitinya.
APA PERBEZAAN ANTARA SERBUK KAPSULE DAN MINYAK.
Serbuk kapsul
Serbuk adalah biji2 habbatus sauda yang dikisar sebelum dimasukkan ke dalam kapsul. Serbuk akan mengandungi semua komponen habbatus sauda termasuk serat, protein dan semua komponen minyaknya. Dalam bahasa makanan di sebut "WHOLE FOOD". Dalam bahasa mudah "SEMUA DAPAT".
Kita tidak perlu mengunyahnya dan boleh ditelan terus di dalam kapsul untuk di hadamkan oleh sistem pencernaan badan. Oleh sebab ia sudah di kisar, ianya lebih mudah di hadamkan dan di serap oleh tubuh.
Minyak HBS di dalam botol bukan kapsul
Kelebihannya
- a. Kebebasan sukatan untuk di makan.
- b. Boleh di makan terus dari sudu tanpa perlu risau akan jenis kapsul yang di gunakan
- c. Mempunyai pilihan di titiskan di bawah lidah untuk serapan yang baik tanpa melalui asid perut
- d. Boleh dititiskan pada makanan contohnya SALAD, dalam minuman dan juga hidangan masakan lain.
- e. Boleh digunakan sebagai sapuan jika di perlukan
- f. Boleh dititiskan di bawah lidah
- g. Boleh digunakan untuk sapuan.
Setiap 0.5 mls minyak adalah bersamaan dengan 500mg minyak di kapsulkan.
ADAKAH ORANG MENGANDUNG SESUAI UNTUK MAKANHABBATUS SAUDA?
Secara umunya ibu-ibu yang mengandung tidak di galakkan mengambil sebarang persediaan herba. Ini juga termasuk Habbtus sauda. Terutamanya jika di ambil secara rutin setiap hari. Oleh kerana habbatus sauda adalah makanan maka pengambilan sesekali di dalam quantiti makanan tidak akan memudaratkan. Dalam dos yang besar mungkin memberi tindakbalas kepada rahim.
ADAKAH KANAK-KANAK SESUAI MENGAMBIL HABBATUSSAUDA?
Secara umunya penggunaan habbatus sauda untuk kanak-kanak di tetapkan pada mereka yang sudah berusia 2 tahun dan ke atas.
Lazimnya kanak2 tidak memerlukan makanan tambahan seperti mereka yang sudah dewasa. Mungkin dalam keadaan tertentu sahaja kanak-kanak boleh mengambilnya contoh untuk mengembalika tenaga selepas sembuh dari demam atau keletihan bersukan/bermain dan sebagainya. Takrifan kanak-kanak adalah sehingga usia 12 tahun.
BOLEHKAH HABBATUS SAUDA DI MAKAN BERSAMA UBAT?
Secara umumnya Habbatu Sauda boleh di makan sekali dengan ubat-ubatan yang ada.
Gunakanlah kelebihan yang ada pada habbatus sauda untuk meningkatkan tahap kesihatan anda.
Anda perlu menjarakkan pengambilan HBS dan ubat untuk tidak membebankan sistem penghadaman dan perkumuhan badan. Jarak yang sesuai adalah 30 minit.
Untuk mereka yang berpenyakit seperti darah tinggi , kencing manis dan kolesterol darah yang tinggi di nasihatkan untuk tidak meninggalkan rawatan dan susulan. Adalah lebih untuk memaklumkan penggambilan habbatus sauda kepada doktor yang merawat anda.
Sekiranya berlaku penambaikkan pada tahap kesihatan anda para doktor lazimnya akan menurunkan dos ubat-ubatan sedia ada.
ADAKAH PEMAKAN HABBATUS SAUDA AKAN MENGALAMI APA-APAKESAN AWAL ?.
Secara umumnya kesan awal ini di panggil "healing crisis". Secara ringkasnya tindak balas badan kepada pengambilan makanan berfungsi tinggi ( functional food ).
Secara umumnya "healing crisis" tidak di rasai. Hanya segelintir yang akan mengalaminya dan ini termasuk demam, cirit birit yang tidak teruk, pengeluaran kahak yang lebih dari biasa dan sebagainya.
Untuk mereka yang tidak pernah mengambil makanan tambahan yang baik seperti habbatus sauda ini anda di nasihatkan untuk meminum air secukupnya. Anda juga di sarankan untuk mengamalkan cara hidup yang lebih sihat untuk mendapatkan kebaikan yang optimum.
BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK MEMAKAN HABBATUS SAUDA?
Saranan kami waktu makan yang paling sesuai adalah sebelum waktu tidur. Tempoh dimana tubuh badan dalam keadaan tenang dan tidak tertekan. Semasa tidur badan akan menggunakan segala zat yang ada untuk memperbaiki tubuh yang rosak atau cedera semasa aktif di siang hari. Untuk pekerja shif pilihlah masa sebelum anda merehatkan diri. Habbatus Sauda yang kaya dengan zat2 terpilih ni mungkin dapat membantu tubuh semasa proses ini.
kredit : DrAzma Habbatus sauda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan