Rabu, 9 April 2014

Kejadian yang tak best dalam aktiviti bisnes


Perkara2 yang tidak diingini berlaku, tetapi terjadi dalam bisnes.

1. Parcel dipulangkan semula dan tidak dapat sampai ke tangan pelanggan

- kes pertama, customer claim alamat tu betul, tapi tu bukan rumah dia, rumah kakak dia.. dia minta saya poskan ke alamat lain tapi x mau bear kos pos kali ke2.. saya refund nilai barang sahaja. Dan she never come back, dan dia bukan kawan saya.

- kes kedua, ni kawan saya, dia inform saya yg dia lupa nak pergi amik di pusat poslaju.. saya tunggu barang dipulangkan pada saya, dan pos semula, dia bayar kos pos. She is my repeat customer.

- kes ke 3, saya jualkan gaun milik kawan.. customer x sempat pick up di poslaju juga. Barang sampai semula di tgn kawan saya dan diposkan semula kepada customer.. kos pos dibayar oleh customer. Itu belian pertama dan kami still kawan2 via FB.

- kes ke 4, customer rakan dropship, semasa proses order di web pembekal, saya lupa masukkan no tel. Akibatnya, pihak kurier x jumpa alamat, parcel dihantar semula kepada pbekal. Saya tanggung kos penghantaran semula.

4 kes dgn pelajaran berbeza.

2. Parcel rosak.. @ barang pecah

- kes pertama saya pos ke langkawi tepung magik dan cheezy, TM ok, tapi cheezy pecah. Customer tak claim ganti , and never come back.. heheh

- kes kedua, pos cheezy ke lembah kelang, pecah 2 paket.. saya bayar ganti rugi and yet she never come back untuk shopping dgn kakyong shoppe .. haha

3. Parcel rosak sebab kemalangan.

- ini kes kontena poslaju yang terbakar kemalangan bbrp bulan lalu.
- saya pos semula kepada customer. And yes she is my return customer.. again n again support bisnes kakyong shoppe.

4. Parcel sampai tapi lambat

- kes pertama, poslaju cloth diaper ke Lenggong, perak. 1 minggu baru sampai.. next round customer ni datang rumah saya terus untuk pilih dan beli CD.

- kes kedua berlaku semasa musim perayaan tahun baru cina tahun 2012. sabor jer customer saya ni tunggu.. Alhamdulillah, 1 minggu lebih baru barang sampai ke tangan beliau. Kakak ni memang penyabar.. dan saya hormat dan suka dia.

- kes ketiga, customer beli wet bag, minta pos percuma, jadi saya pos guna pos biasa. Barang diposkan pada hari khamis/jumaat, saya tak ingat dgn tepat.. tetapi hari isnin selasa customer dah bising barang x sampai.. siap minta refund lagi. Hahah..

Sejak itu, saya sudah tidak guna pos biasa yang susah nak tracking.. and no more pos percuma.

5. Parcel sampai , tapi salah alamat

- kes pertama tahun 2012 kot.. awalnya saya fikir silap tu dari pihak saya.. sbb masa tu ada 2 customer nama sama. Rupanya kurier yg salah masuk slip ke parcel lain. Customer 1, Kawan saya, dia amik ja barang tu dan bayar harga barang.
Customer yang sorang lagi poskan barang ke alamat kawn saya, saya tanggung kos pos. Dan pos semula parcel lain ke customer ke 2.

Sejak itu, saya pastikan saya tulis nama customer dan no tracking pada setiap parcel.

- kes kedua, kejadian terbaru..
Senior saya ni pesan barang utk diposkan ke 2 alamat yang berbeza. Saya siapkan ke2-2 slip pos.
Barang 1 saya poskan dulu.. tapi saya salah amik slip.. huhuu... mungkin buat kerja dlm kalut2 dan nak cepat, sampai saya tak sedar yg saya buat silap.

Lepas ni perlu tengok betul2 rekod di buku log dan slip poslaju tu ngam.

Bukan senang nak senang.

Kesilapan berlaku untuk kita menjadi lebih baik.
Belajar menjadi lebih teliti, buat kerja perlu ada SOP.
Dan semakan akhir itu perlu dibuat dengan hati2, jangan bekerja bila badan sudah letih dan tidak boleh fokus.

Ini lah sedikit pengalaman saya..

Alhamdulillah, syukur. Dalam kebanyakan masa,saya dikurniakan customer yang sangat2 bertimbangrasa. Berhemah dan penyabar.

1 ulasan:

  1. banyak cabaran dan dugaan dalam bisnes. tambah pula buyer pelbagai ragam. semoga success dalam bisnes mendatang

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...